Terdapat beberapa kolam renang yang dibuka untuk kegunaan orang awam. Kolam renang yang disenaraikan dibawah mengenakan caj dan syarat-syarat untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor hubungan yang disertakan.
Perlu diingatkan kepada ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak yang menggunakan kolam renang ini setiap masa. Jangan serahkan tanggungjawab itu kepada pengguna kolam renang yang lain.
Untuk tujuan kesedaran, boleh belajar melalui video di bawah
Kolam Renang Labuan International School

Caj Penggunaan :
Rujuk Jadual di Bawah
Masa dibuka :
Sabtu dan Ahad
(8.00 pagi – 12.00 tengahari)
(2.00 petang – 9.00 malam)
Saiz Kolam Renang :
Bersaiz Olimpik (50 meter panjang, 25 meter lebar, dalam 2 meter)
Sesuai untuk beriadah dan latihan berenang.
Yuran keahlian
Kategori | Yuran Bulanan | Yuran Tahunan |
Kanak – kanak ( 5-12 tahun) | RM30 | RM300 |
Pelajar (13-17 tahun) | RM50 | RM500 |
Dewasa (18 tahun keatas) | RM80 | RM800 |
Warga Emas (>58 tahun keatas) Orang Kurang Upaya (OKU) | Diskaun 50% |
Non-Members Walk-in Rates
Kategori | Yuran |
Kanak-kanak ( 5-12 tahun) | RM5/seorang |
Dewasa (18 tahun ke atas) | RM10/seorang |
Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 087-597317 atau emel: admin@lis.edu.my

Kolam Renang Tiara Hotel

Caj Penggunaan :
Dewasa – RM 20.00
Kanak – Kanak – RM 15.00
Masa dibuka :
Isnin – Khamis – 8 pagi – 7 petang
Jumaat – Ahad/Cuti Umum – 8 pagi – 7 petang.
Kemudahan lain :
Bilik mandi sauna dan gym
Saiz Kolam Renang :
Kolam untuk budak kecil berasingan
Kolam untuk dewasa kawasan paling dalam lebih kurang 1.4 meter
Sesuai untuk sekeluarga beriadah
Pengunjung dibenarkan untuk menggunakan kolam renang jika menggunakan pakaian renang sahaja.
Kolam Renang Palm Beach Resort & Spa


Caj Penggunaan :
Dewasa – RM 20.00
Kanak – Kanak – RM 15.00
Masa dibuka :
Isnin – Rabu – 8 pagi – 7 petang
Khamis – 2 petang – 7 petang
Jumaat – Ahad/Cuti Umum – 8 pagi – 9 malam.
Saiz Kolam Renang :
Kolam untuk budak kecil berasingan
Kolam untuk dewasa kawasan paling dalam lebih kurang 1.4 meter
Sesuai untuk sekeluarga beriadah
Pengunjung dibenarkan untuk menggunakan kolam renang jika menggunakan pakaian renang sahaja.
Kolam Renang Labuan Golf Club

Caj Penggunaan :
RM 10 sekali masuk /jam (Harga sama untuk dewasa dan kanak kanak)
Masa dibuka :
Di Buka Setiap Hari Dari Jam 8 pagi hingga 12 tengahari, 2 petang hingga 9 malam
Saiz Kolam Renang
Kedalaman lebih kurang 1.4 meter.
6 lane
Sesuai untuk riadah dan latihan berenang
