WAKAL : Wais Kadayan Labuan telah ditubuhkan untuk mengangkat martabat bangsa, bahasa, budaya dan adat masyarakat Kedayan.
Matlamat WAKAL
- Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan budaya, bahasa, tradisi dan adat resam masyarakat Kedayan agar tidak pupus dengan peredaran semasa.
- Mengadakan program dan aktiviti untuk masyarakat Kedayan bagi melahirkan generasi yang berkualiti, berinisiatif, kreatif, inovatif dan berdaya saing.
- Memupuk semangat perpaduan, jatidiri dan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat Kedayan serta memberi bimbingan, panduan, khidmat nasihat berkaitan warisan dan hak-hak anak negeri masyarakat Kedayan.
- Menganjurkan program dan aktiviti bagi mencungkil bakat dalam bidang sukan, musik dan kesenian.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi WAKAL di
Facebook : WAKAL : Wais Kadayan Labuan
Total Page Visits: 1841 - Today Page Visits: 1
