Pameran Sejarah Tempatan Labuan melalui pendekatan medium seni visual-fotografi yang akan dipamerkan dari semasa ke semasa.
’Retrospektif visual’ di sini membawa maksud melihat atau memandang ke masa silam melalui kaedah seni fotografi secara langsung. Gambar-gambar yang dipamerkan, memperlihatkan secara visual dari satu sudut pandangan yang sama, kepada dua masa yang berbeza (dalam setiap sekeping gambar).
Objektif:
melihat sejarah dari pendekatan(medium) baru/berbeza serta memberi pendedahan asas bagaimana seni visual fotograf bolehi menjadi salah satu medium pendidikan yang beroreintasikan sejarah, khususnya sejarah Labuan.
Dalam Pameran ini, gambar-gambar hitam dan putih berkaitan “Sejarah Tempatan Labuan” telah dirakam sekitar tahun 1941 hingga 1970an. Bermula pada bulan Februari 2012, jurufoto yang terlibat telah meninjau di sekitar Labuan untuk mencari lokasi yang tepat di mana gambar tersebut telah dirakam. Dengan memegang gambar asal (gambar hitam dan putih) di depan, jurufoto telah merakam gambar dengan perspektif yang lebih luas daripada gambar asal. Di sesetengah tempat, ia seolah-olah tiada apa perubahan yang ketara, tetapi mungkin berbeza kesannya kepada setiap individu lain, dan setiap bangunan atau kawasan telah berubah tujuan dan fungsinya.
Gambar ini memaparkan tiga dimensi masa yang berbeza;
1. Gambar asal (gambar hitam dan putih),
2. Gambar terkini,
3. Peredaran masa yang telah berlalu untuk rakaman kedua-dua gambar.
Merujuk perkara ke(3) di atas, bukanlah suatu yang visual, tetapi ia merupakan dimensi mental dan emosi, melibatkan pengetahuan tentang sesuatu perubahan dramatik yang telah berlaku dalam jangka masa/waktu kedua-dua gambar ini dirakamkan.
Labuan in Visual Retrospective boleh dihubungi di
Facebook : LiVR Labuan in Visual Retrospective