Komuniti Persatuan & Kelab

Kelab Belia Anak Layangan

KELAB BELIA ANAK LAYANGAN (KEBAL) adalah platform untuk mengumpulkan anak muda KG Layang-Layangan khususnya dan WP Labuan amnya untuk beraktiviti melalui Pertubuhan Belia.

Didaftarkan pada 13 Januari 2016 sebagai pertubuhan belia di bawah seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

KEBAL membawa maksud Kelab Belia Anak Layangan yang terdiri daripada anak belia Kg. Layang-layangan yang berumur 18 – 40 tahun.

Pada Hari Belia Negara Peringkat WP. Labuan yang diadakan pada 1 Mei 2019, KEBAL telah memenangi tempat kedua bagi Kategori Persatuan.

Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) akan lebih memperkasakan belia dengan menerapkan nilai sukarelawan.

KEBAL boleh dihubungi di
E-mel : kebal_wpl@yahoo.com
Laman Web : KEBAL
Facebook : Kelab Belia Anak Layangan

Total Page Visits: 996 - Today Page Visits: 3
Share with friends and families