Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri bertarikh 11 Januari 2021, jam 6 petang, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akan dilaksanakan di 6 negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Manakala PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) akan dilaksanakan di enam (6) buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) akan dikenakan ke negeri Perlis & Sarawak.
Berikut merupakan ringkasan garis panduan PKP 2.0.
Larangan semasa PKP
- Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri, perayaan keagamaan, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan.
- Pergerakan merentas negeri & daerah.
Pergerakan semasa PKP
- Sekatan jalanraya akan diadakan dan mula berkuatkuasa pada hari Rabu, jam 12.01 tengah malam.
- Pergerakan adalah terhad kepada radius 10km SAHAJA.
- Bagi tujuan membeli barang di pasar raya, hanya 2 ANGGOTA ISI RUMAH SAHAJA dibenarkan dalam satu kenderaan.
Sektor Pekerjaan & Perniagaan semasa PKP
- Lima (5) sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.
- Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan berada di tempat kerja.
- Sektor yang tidak termasuk dalam essential services perlu bekerja dari rumah.
- Kedai makan dan gerai penjaja hanya dibenarkan untuk perkhidmatan Take Away. Penghantaran makanan dibenarkan.
- Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.
Bagaimana dengan sekolah?
Pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021 untuk hadir ke sekolah.
Kawasan PKP: Murid sekolah rendah hingga Tingkatan 4 boleh ikuti PdPR https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kawasan-pkp-murid-sekolah-rendah-hingga-tingkatan-4-boleh-ikuti-pdpr-277219
Sekolah di negeri PKPB, PKPP dibuka 20 Januari, tadika swasta beroperasi macam biasa
Boleh ke masjid atau rumah agama?
Terhad kepada Ahli Jawatankuasa masjid atau rumah ibadat seramai 5 orang sahaja pada satu masa.
Boleh bersukan?
Boleh dengan memastikan jarak 2 meter dari orang lain. Sukan berkumpulan tidak dibenarkan.
Untuk makluman, Kompleks Sukan Labuan ditutup sepenuhnya bermula 13 Januari sehingga 27 Januari 2021. Segala tempahan yang dibuat terbatal serta merta.
Bagi membaca teks ucapan penuh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh rujuk ke PKP 2.0 Teks penuh Perutusan Khas Perdana Menteri.
Warga Labuan diminta untuk kekal di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Sentiasa patuhi SOP dan jaga kebersihan diri.