COVID-19 PPNWPL

SOP Kemasukan ke WP Labuan bermula 11 Oktober 2021

Bermula 11 Oktober 2021, SOP kemasukan ke Wilayah Persekutuan Labuan adalah seperti berikut

Syarat Kemasukan Pengembara

  • Lengkap Vaksin COVID-19
  • Hanya individu bergejala diwajibkan mengambil Ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK Antigen)
  • Remaja berusia 12 hingga 18 tahun dan kanak-kanak dibenarkan walaupun belum menerima vaksin.

Kemasukan dari luar negara

  • Kuarantin wajib 14 hingga 21 hari tertakluk kepada penilaian risiko di pintu masuk.
  • Dibenarkan kuarantin di rumah sekiranya telah lengkap vaksin dan tertakluk kepada penilaian risiko semasa kemasukan dan kesesuaian kediaman.

Transporter & Daily Trip

  • Mengikuti syarat-syarat kemasukan ke WP Labuan;
    • Telah melengkapkan vaksin COVID-19 DAN;
    • Tidak bergejala di pintu masuk.
  • Kemasukan hanya dibenarkan di pintu masuk rasmi Labuan sahaja.
  • Tidak bergejala sewaktu saringan pintu masuk.
  • Digalakkan menjalani Ujian COVID-19 secara berkala.

Nota: Jabatan Kesihatan boleh menjalankan pemeriksaan dan ujian COVID-19 secara rawak di pintu masuk bagi tujuan survelan.

Total Page Visits: 1722 - Today Page Visits: 1
Share with friends and families