Bagi SOP Fasa 4 yang dikemaskini pada 11 Februari 2022, ia adalah penambahan kepada SOP Fasa 4 yang telah berkuatkuasa dari 26 Ogos 2021.
Antara penambahan yang perlu anda tahu ialah
Definisi Vaksinasi Lengkap
Individu yang telah lengkap divaksin adalah individu yang telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (seperti Cominaty (Pfizer-BioNTech), COVID-19 AstraZeneca (Oxford-AstraZeneca), CoronaVac (Sinovac), Spikevax (Moderna) dan Covilo (Sinopharm)), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; atau
ii.Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (seperti COVID-19 Janssen (Johnson & Johnson) dan Convidecia (CanSino)), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.
• Bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan, mereka perlu mengemukakan laporan perubatan yang telah disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.
Warganegara dan Bukan Warganegara yang Pulang/Tiba dari Luar Negara
Penilaian Risiko
- Menunjukkan bukti laporan ujian RT-PCR dengan keputusan negatif yang dijalankan dua (2) hari sebelum berlepas.
- Mempunyai sijil sah vaksinasi COVID-19 dos lengkap (bergantung kepada jenis vaksin).
- Tiada gejala semasa saringan kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa
Tempoh Kuarantin Wajib
- 5 hari bagi mereka yang telah menerima dos penggalak
- 7 hari bagi mereka yang lengkap divaksin tetapi belum ada terima dos penggalak
- 10 hari jika belum atau tidak divaksin lengkap
Kuarantin di rumah (jika sesuai) atau di pusat kuarantin.
Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak Rapat
Berikut tempoh kuarantin di rumah yang perlu anda jalani jika disenaraikan sebagai Kontak Rapat kepada pesakit COVID-19.
- 5 hari bagi individu yang telah menerima dos penggalak
- 7 hari bagi individu yang tiada dos penggalak tetapi lengkap divaksin
- 10 hari bagi individu yang tiada atau tidak lengkap divaksin
Untuk maklumat terperinci, sila muat turun fail PDH Pelan Pemulihan Negara – SOP Fasa 4 (Kemaskini 11 Februari 2022) di laman web Majlis Keselamatan Negara.