COVID-19

Prosedur Pengurusan Kontak Rapat Kes COVID-19 mengikut Status Vaksinasi COVID-19

Berkuatkuasa 1 Mac 2022, pengurusan Kes Positif dan Kontak Rapat Kes COVID-19 adalah seperti infografik yang dilampirkan.

Sumber infografik : Kementerian Kesihatan Malaysia

Bermula 1 Mac 2022, kontak rapat tidak bergejala yang telah menerima dos penggalak atau booster dos tidak perlu menjalani kuarantin diri. Pastikan anda sentiasa menjawab Penilaian Kesihatan atau Health Assesment Tools di aplikasi Mysejahtera setiap hari.

Sentiasa pantau gejala dan tahap kesihatan anda jika gejala bertambah serius seperti sukar bernafas, demam berpanjangan, sakit dada, hilang selera makan sila hubungi atau terus ke fasiliti kesihatan terdekat.

Terus amalkan (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek) TRIIS dan pakai pelitup muka.

Untuk maklumat lanjut, hubungi CPRC Labuan di talian 087-596160 atau 087-442505

Total Page Visits: 1673 - Today Page Visits: 4
Share with friends and families

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *