Berikut manifesto Parti Bangsa Malaysia Labuan bagi Pilihan Raya Umum ke 15.
Infra Asas air, elektrik dan telekomunikasi
- Air – Menyelesaikan isu air berbangkit dengan menaiktaraf dan mewujudkan alternatif sumber air yang baharu.
- Elektrik – Memastikan penyelenggaran elektrik yang lebih berkesan.
- Telekomunikasi – Mengenalpasti dan menyelesaikan isu jaringan dan liputan telekomunikasi.
Pendidikan belia dan anak muda
- Memperkasa Yayasan Wilayah Persekutuan dalam pembangunan pendidikan anak-anak Labuan melalui bantuan keperluan pembelajaran dan kemahiran.
- Membuka pusat latihan yang berkaitan industri minyak dan gas.
Ekonomi
- Memperkasakan semula status Labuan sebagai Wilayah Persekutuan dan Pulau Bebas Cukai.
- Mewujudkan semula pusat ‘Halal Hub’.
- Mempertahankan hub minyak dan gas.
Wanita
- Memperkasa ekonomi Wanita dengan menyediakan platform pemasaran domestik dan antarabangsa.
- Memimpin hak-hak Wanita.
Kesihatan
- Hospital Kerajaan – Menaiktaraf fasiliti dan menambah jumlah Doktor pakar di Hospital Nukleus Labuan.
- Hospital Swasta – Mewujudkan hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan bertaraf antarabangsa untuk menggalakkan pelaburan korporat dan “Health Tourism” selaras dengan status Labuan sebagai pulau peranginan dan IOFC.
Sukan dan Rekreasi
- Memperjuangkan litar lumba permotoran
- Mendorong pembangunan atlet sukan dan prasarana.


Ikuti laman sosial Dayang Rusimah@Raynie Bt Mohd Din untuk kemaskini jadual kempen dan maklumat terkini. Manifesto Parti Bangsa Malaysia Labuan
- Manifesto Perikatan Nasional Labuan PRU15
- Manifesto Warisan Labuan PRU15
- Manifesto Barisan Nasional Labuan PRU15
- Manifesto Pakatan Harapan Labuan PRU15
Total Page Visits: 774 - Today Page Visits: 4