Berikut manifesto Pakatan Harapan Labuan bagi Pilihan Raya Umum ke 15.
Kesejahteraan rakyat
- Mengatasi masalah air dengan membina tangki-tangki air yang baharu.
- Menjadikan Labuan sebuah pulau dengan kemudahan 5G di seluruh kawasan.
- Menambah baik stesen-stesen janakuasa elektrik.
- Menyediakan stok penimbal kepada keperluan asas seperti minyak, gula, beras dan tepung.
Belia & Sukan
- Mengembalikan Majlis Sukan Labuan.
- Membina lebih banyak pusat-pusat sukan di seluruh Labuan.
- Membuka kompleks sukan Labuan dan premis sukan milik kerajaan sekurang-kurangnya sehari seminggu secara percuma kepada awam.
Wanita
- Membantu kaum wanita, terutamanya ibu-ibu tunggal menjana pendapatan contohnya membekalkan perkhidmatan dari rumah.
- Memberi sokongan psikiatri kepada kaum wanita yang menghadapi tekanan akibat faktor sosial & ekonomi.
Orang Kurang Upaya
- Menyediakan kemudahan mesra OKU di tempat-tempat awam seperti ‘ramp’ serta menyediakan barisan . kaunter khas untuk OKU di premis kerajaan.
- Menggalakkan premis swasta menyediakan kemudahan mesra OKU.
Ekonomi
- Menggalakkan peniaga-peniaga kecil berniaga di kampung dengan memberi lesen perniagaan secara percuma.
- Menurunkan kadar sewaan kepada peniaga-peniaga yang menyewa premis milik Kerajaan.
- Subsidi khas kepada penternak ayam bagi memastikan bekalan ayam dan telur mencukupi serta pada harga yang berpatutan.
Kesihatan
- Menambahbaik kemudahan kesihatan dengan menambah bidang kepakaran yang ada di Labuan, seterusnya dapat mengurangkan kes-kes yang perlu dirujuk ke Kota Kinabalu.
Pendidikan
- Membina sekolah baru bagi menampung pertambahan jumlah murid.
- Menjadikan Labuan sebagai hub pendidikan dengan menambah Pusat Pengajian Tinggi dan Vokasional.
Pelancongan dan Rekreasi
- Membina trek-trek mendaki yang baik dan selamat di seluruh Labuan.
- Mempromosikan kembali aktiviti selam skuba.
- Membina laluan basikal yang selamat di sekitar pulau Labuan.
- Membina kemudahan seperti tempat peninjau di tempat tarikan pelancongan seperti Geopark.
- Menyelenggara dan mempromosi tarikan pelancongan yang sedia ada seperti Taman Paya Bakau Kinabenua.
Pengangkutan
- Menyediakan perkhidmatan feri yang dikhaskan untuk kenderaan persendirian sahaja.
- Menyediakan perkhidmatan bas percuma (feeder bus) untuk sekitar kawasan utama bandar Labuan.
Imigresen
- Mempermudahkan sistem pemeriksaan Imigresen di Terminal Feri.
- Menangani isu PTI dengan sebaik mungkin selaras dengan tawaran Harapan PRU15 iaitu menubuhkan Pasukan Petugas Khas melibatkan agensi berkaitan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu kebanjiran warga asing di Sabah.
Perumahan
- Membina lebih banyak rumah-rumah mampu milik di atas tanah tebus-guna.
- Membantu pemilikan rumah bagi warga Labuan dengan sistem sewa beli.











Ikuti laman sosial Datuk Wira Dr Ramli untuk kemaskini jadual kempen dan maklumat terkini. Manifesto Pakatan Harapan Labuan PRU15.
- Manifesto Perikatan Nasional Labuan PRU15
- Manifesto Parti Bangsa Malaysia Labuan PRU15
- Manifesto parti Warisan Labuan PRU15
- Manifesto Barisan Nasional Labuan PRU15
Total Page Visits: 946 - Today Page Visits: 4