Acara Makluman

Daftar e-Vehicle bermula 2 Disember 2024

JOM DAFTAR E-VEHICLE

Pendaftaran Akan Dibuka Bermula 2 Disember 2024

Senarai Semak Dokumen Untuk Permohonan

  • Bon Am (Borang Kastam No.6) dengan Sijil setem Hasil RM10.
  • Borang A1 (Keterangan Diri Pemilik Kenderaan)
  • Jaminan Bank (bagi kenderaan Labuan yang berkapasiti 2,500cc dan ke atas)
  • Satu (1) salinan Kad Pengenalan / Pasport Pemilik
  • Satu (1) salinan Kad Pendaftaran JPJ
  • Satu (1) salinan Lesen Syarikat bagi kenderaan syarikat/persatuan/pertubuhan. (SSM atau Lesen perniagaan atau Perakuan Persatuan/Pertubuhan)
  • Bon hendaklah ditulis / taip dengan tulisan yang JELAS DAN MUDAH DIFAHAMI.

Panduan menggunakan STAMPS untuk bayar Sijil Setem Hasil

  1. Log in ke https://stamps.hasil.gov.my/. Jika anda pengguna kali pertama, sila daftar ID untuk membolehkan anda menggunakan STAMPS.
  2. Setelah log masuk ke STAMPS, tekan butang Borang Permohonan, dan pilih Penyeteman.
  3. Di skrin seterusnya
    • Bahagian a. Permohonan Penyeteman : pilih Sekuriti
    • Bahagian b. Pejabat Setem : pilih Wilayah Persekutuan Labuan
    • Bahagian c. Tarikh Perjanjian / Tarikh perjanjian ditandatangan : letakkan tarikh seperti yang anda isi di Bon Am.
    • Kemudian, klik Seterusnya
  4. Di skrin seterusnya, akan ada 5 bahagian utama, iaitu
    • Maklumat Am
    • Bahagian A
    • Bahagian B
    • Bahagian C
    • Lampiran
    • Perakuan

Maklumat Am

Untuk bahagian ini, bahagian yang bertanda * mesti diisi.

  • Pejabat Setem/PKH : pilih Wilayah Persekutuan Labuan
  • Nama Perjanjian : taip Bon Am Kenderaan, atau pilih Bon Am Kenderaan apabila senarai perjanjian dipamerkan secara automatik.
  • Prinsipal atau Subsidiari : pilih Prinsipal

Setelah selesai, klik butang Simpan Maklumat Am. Nombor Adjudikasi akan dipamer secara automatik oleh sistem STAMPS.

Bahagian A. MAKLUMAT PIHAK PERTAMA/PIHAK KEDUA

Bahagian A memerlukan anda mengisi maklumat pihak pertama dan pihak kedua.

Maklumat Pihak Pertama ialah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Untuk mula mengisi maklumat ini, tekan Syarikat/Perniagaan/Agensi Tidak Berdaftar Dengan SSM. Ruangan yang mesti diisi berlatar belakang warna biru.

  • Nama Seperti Dalam Perjanjian : taip JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
  • klik TIADA di sebelah Nombor Pendaftaran Syarikat
  • Syarikat : Tempatan
  • Alamat : taip di baris pertama JALAN MERDEKA, PETI SURAT 81003, di baris kedua 87020 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.
  • Bandar : taip LABUAN
  • Negeri : pilih Wilayah Persekutuan Labuan
  • Negara : pilih Malaysia
  • Poskod : taip 87020
  • Telefon : 087592000 (atau nombor pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia WP Labuan yang terbaru)

Setelah selesai, klik Simpan.

Maklumat Pihak Kedua ialah pemilik kenderaan seperti yang diisi dalam Bon Am. Untuk mula mengisi maklumat ini, tekan Individu jika kenderaan milik peribadi. JIka kenderaan milik syarikat, tekan Syarikat/Perniagaan/Agensi Berdaftar Dengan SSM atau Syarikat/Perniagaan/Agensi Tidak Berdaftar Dengan SSM. Tutorial ini hanya untuk Individu sahaja.

Jika anda mengisi STAMPS untuk kegunaan sendiri, klik saja kotak “Guna maklumat dari profil saya”, dan semua ruangan akan diisi secara automatik oleh sistem STAMPS berdasarkan maklumat anda berikan ketika mendaftar sebagai pengguna kali pertama.

Jika anda mengisi STAMPS untuk orang lain, sila isi semua bahagian yang berlatar belakang warna biru.

Klik Simpan untuk teruskan.

Bahagian B. MAKLUMAT SURAT CARA / PERJANJIAN

Bahagian ini berkaitan dengan maklumat anda sertakan dalam Bon Am.

  1. Tarikh Surat Cara / Perjanjian : pilih tarikh seperti anda taip/tulis di dalam Bon Am.
  2. JUMLAH PINJAMAN/BAYARAN
    • Jumlah Pinjaman / Bayaran / Nilai Kontrak : Boleh letak nilai kenderaan anda. rujuk contoh (tidak perlu koma dan titik perpuluhan)
    • Tempoh boleh ditentukan : Klik Ya, dan dalam ruang Keterangan, taip “Bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2025”
  3. MAKLUMAT CAGARAN
    • Klik Lain-Lain dan taip Nombor Plet, Jenis Kereta, dan kapasiti Liter. Contoh ” LH8888 Perodua Bezza 1.3L”
  4. BILANGAN SALINAN DISETEM
    • Bilangan Salinan : Letak 0 jika ini permohonan individu.

Setelah selesai, klik Simpan Bahagian B, atau klik Simpan, atau terus ke Bahagian C.

Bahagian C. PENGECUALIAN/PEREMITAN

Bagi permohonan kereta persendirian, boleh abaikan bahagian ini.

Bahagian Lampiran

Untuk bahagian ini, pengguna perlu memuatnaik dokumen berbentuk soft copy atau scan copy. Jenis fail dibenarkan adalah JPEG atau PDF dan saiz satu fail tidak boleh lebih 6mb.

  1. Perjanjian yang perlu disetemkan : Muatnaik Bon Am – Borang Kastam No. 6 (yang sudah diisi dan ditandatangan)
  2. Surat Tawaran pinjaman / perjanjian asal / perjanjian prinsipal yang telah disetemkan : Biarkan kosong.
  3. Dokumen Sokongan Lain :
    • Bon Am – Borang A1 (yang sudah diisi dan ditandatangan)
    • Sijil Pemilikan Kenderaan (Kad Kereta)
    • MyKad (Depan Belakang)
    • Surat Pengesahan Hak Milik kenderaan

Setelah selesai, klik Simpan atau terus ke bahagian Perakuan untuk Hantar permohonan duti setem.

Perakuan

Bagi permohonan individu, bahagian ini boleh dibiarkan kosong tanpa diisi, tetapi perlu klik pada pernyataan “Saya seperti nama dan nombor kad pengenalan….”

Pengguna boleh klik Hantar untuk selesaikan proses ini, TETAPI adalah digalakkan untuk periksa semula semua bahagian sebelumnya (Maklumat Am, Bahagian A, Bahagian B, Lampiran) untuk pastikan ruang wajib diisi telah di diisi.

Setelah yakin, klik Hantar.

Proses pengesahan tidak lama, malah ia boleh terus berlaku sebaik anda klik butang Hantar. Anda akan menerima emel pertama (dihantar secara automatik) dari LHDN mengesahkan telah menerima permohonan melalui STAMPS. Emel kedua akan menyusul memaklumkan permohonan anda telah lulus dan pembayaran Duti sudah boleh dibuat.

Pembayaran Duti Setem

Login semula ke STAMPS, atau terus ke tab Notis Taksiran. Di sini akan ditunjukkan Notis Taksiran Duti Tetap Telah Dikeluarkan. Anda boleh muatturun notis (dengan menekan Buka Notis) untuk simpanan dan rujukan jumlah duti setem yang perlu dibayar, iaitu RM 10.00

Untuk terus membayar, pergi ke tab Bayaran Online. Di bahagian ini, akan ditunjukkan Butiran Penyeteman dan jumlah Duti dikenakan. Klik butang Teruskan Bayaran Online. Di skrin seterusnya, dari Jenis Akaun / Account Type, pilih Perbankan Individu dan pilih Bank anda.

Setelah Pembayaran selesai, anda akan kembali ke laman STAMPS dan Slip Pengesahan Bayaran akan ditunjukkan. Anda boleh pilih untuk Cetak Slip ini sebagai simpanan atau rujukan, atau tekan Kembali / Back untuk dapatkan Sijil Setem / Stamp Certificate.

Untuk dapatkan sijil Setem, terus ke tab Sijil. Di sini akan ditunjukkan Senarai Sijil dan klik ikon Printer untuk mula Cetak Format PDF.

Sijil Setem dihasilkan dalam bentuk PDF dan tidak akan dicetak oleh pihak LHDN. Manakala bagi tujuan menghantar Bon Am ke Jabatan Kastam, sila cetak Sijil Setem ini dan sertakan sebagai lampiran (dan bukti pembayaran duti setem telah dibuat). Sijil Setem ini hanya akan dicetak format PDF sekali sahaja, oleh itu sila Save terus dalam komputer anda. Walaubagaimanapun, jika ada masalah dan Sijil Setem tidak dapat dicetak, hubungi stamps@hasil.gov.my dan maklumkan pihak STAMPS LHDN tentang masalah anda.


Hantar Dokumen ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia WP Labuan

Setelah Setem Duti dibayar melalui portal STAMPS (https://stamps.hasil.gov.my), sekarang anda perlu membawa dokumen dan kad eVIS ke kaunter Jabatan Kastam. Dokumen berikut perlu disertakan bersama kad eVIS.

  1. Bon Am (Borang Kastam No. 6 dan Borang A1) yang siap diisi dan ditandatangan.
  2. Sijil Pengesahan Hak Milik Kenderaan
  3. Sijil Pemilikan Kenderaan
  4. Salinan MyKad
  5. Notis Taksiran Duti Setem
  6. Sijil Setem

Proses di kaunter tidak mengambil masa lama. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak berurusan di saat terakhir sebelum pelayaran.

Penafian : Panduan yang diberikan berdasarkan pengalaman penulis menguruskan STAMPS dan kad eVIS secara peribadi. Penulis dan LabuanFT.com tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerugian yang mungkin timbul. Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung terus dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Labuan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan.




Total Page Visits: 3529 - Today Page Visits: 3
Share with friends and families

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *