Kempen Derma Darah Labuan – Oktober 2024
Selain menderma darah di acara, warga Labuan di alu-alukan untuk menderma darah di Hospital Labuan.
Waktu Menderma Darah di Hospital Labuan
Lokasi | Unit Makmal & Tabung Darah terletak bersebelahan Wad Kelas Satu, Hospital Labuan. |
Masa | Isnin – Khamis Sesi Pagi 8.30 am – 12.00 pm, Sesi Petang 2.30 pm – 4.00 pm Jumaat Sesi Pagi 8.30 am – 11.00, Sesi Petang 2.30 pm – 4.00 pm |
Penderma darah boleh membuat temujanji mengikut ketetapan di atas (sekiranya perlu), untuk menderma darah dengan menghubungi 087-596862
Siapa yang boleh menderma darah
- Sihat tubuh badan
- Berumur
- Berat badan 45kg ke atas
- Tidur mininum 5 jam sebelum menderma darah
- Tiada masalah kesihatan
- Telah mengambil makanan sebelum menderma darah
- Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
- Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
- Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
- Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
- Bertukar-tukar pasangan seks.
- Mengambil dadah secara suntikan.
- Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
- Pendermaan terakhir pada 3 bulan lepas
- Bagi penderma wanita, hendaklah tidak mengandung, tidak datang haid dan tidak menyusukan anak
- Jangan menderma jika anda
- Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
- Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
Tahukah anda kelebihan menderma darah ?
Darah akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktifnya.
Menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti.
Mengurangkan risiko sakit jantung dengan menderma darah. Proses mender darah akan menyeimbangkan zat besi dalam badan. Zat besi berlebihan boleh menyumbang kepada serangan jantung, strok, dan lain lain penyakit.
Menderma darah dengan konsisten dapat mengurangkan pelbagai risiko kanser seperti kanser paru-paru, hati, kolon dan tekak.
Siapa yang akan menggunakan darah yang telah anda dermakan
- Bayi yang lahir dalam keadaan pra-matang (dan juga ibunya)
- Pesakit kanser
- Pesakit trauma
- Pesakit yang melecur akibat kebakaran
- Pengidap derma denggi
- Penghidap thalasemia
Kelebihan yang penderma darah akan terima
Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005. Sumber : Laman Web Pusat Darah Negara
Kekerapan Menderma | Keistimewaan Rawatan |
---|---|
1 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan |
2 kali (dalan tempoh 12 bulan) | Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B2 |
5 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan. |
6 ~ 10 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan. |
11 ~ 15 kali | Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun. |
16 ~ 20 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun. |
21 ~ 30 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun. |
31 ~ 40 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun. |
41 ~ 50 kali | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun. |
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) | Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu. |
Pautan berguna :
- Klinik Kesihatan UTC Labuan
- Klinik Pergigian di Labuan
- Klinik Swasta di Labuan
- Klinik Haiwan di Labuan
Penafian : LabuanFT.com tidak terlibat secara langsung dengan jabatan kerajaan yang dinyatakan didalam laman ini. Maklumat yang terpamer diambil dari laman web rasmi dan laman sosial jabatan kerajaan tersebut. Maklumat yang dikongsikan bertujuan untuk memudahkan pencarian dan urusan masyarakat setempat.