Berikut disenaraikan dewan milik Kerajaan dan swasta bagi aktiviti sukan masyarakat setempat. Maklumat berkaitan kadar sewa dan tempoh sewaan perlu merujuk kepada penyedia atau pemilik gelanggang dengan menghubungi nombor tertera di bawah.

Perbadanan Labuan

  • Dewan Serbaguna PL
  • Dewan Arena Bukit Kuda
  • Dewan Taman LDA, Sungai Bedaun
  • Plaza Berpayung Kompleks Sukan Laut Antarabangsa

Unit Tempahan Fasiliti, 
Kaunter Setempat Perbadanan Labuan


Dewan Sri Labuan, JKR W.P. Labuan

Untuk menggunakan kemudahan Dewan Sri Labuan, pemohon perlu memohon secara atas talian dengan mengisi borang yang disediakan.

Tempahan Dewan Sri Labuan

Kadar sewaan

  • RM 1,000 sehari (tanpa penghawa dingin)
  • RM1,300 sehari (dengan penghawa dingin)
  • Tambahan masa penggunaan RM50 sejam

Maklumat kemaskini : 30 Mac 2021


Dewan Konvensyen Ujana Kewangan

Dewan Konvensyen Ujana Kewangan ialah dewan serbaguna atau pusat seni persembahan yang paling berteknologi maju dan dibina khas di Labuan yang boleh memuatkan sehingga 1,700 orang untuk gaya teater dan sehingga 1,000 pengunjung. Terdapat beberapa saiz bilik mesyuarat eksekutif atau seminar yang berbeza-beza yang boleh memuatkan antara 10 hingga 300 orang memberikan lebih banyak pilihan tempat kepada perancang dan penganjur acara. Kebolehcapaian dan ketersediaan dewan pelbagai saiz dan jenis sesuai dengan pelbagai acara di Kompleks Ujana Kewangan dan kemudahan yang komprehensif membolehkan mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran dijalankan dengan lancar.


Masjid Jamek An-Nur

Masjid Jamek An-Nur menyediakan ruang untuk warga Labuan menganjurkan kelas, bengkel, kursus, seminar, mesyuarat, majlis akad nikah, kenduri kahwin dan lain-lain lagi. Hasil sewaan akan digunakan bagi menampung program-program imarah di Masjid.

Berikut premis disediakan Masjid Jamek An-Nur

  • Auditorium (177 kerusi)
  • Auditorium (354 kerusi)
  • Bilik Kuliah
  • Dewan Serbaguna
  • Ruang Menunggu
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik VIP

Penafian : LabuanFT.com tidak terlibat secara langsung dengan jabatan kerajaan yang dinyatakan didalam laman ini. Maklumat yang terpamer diambil dari laman web rasmi dan laman sosial jabatan kerajaan tersebut. Maklumat yang dikongsikan bertujuan untuk memudahkan pencarian dan urusan masyarakat setempat.

Total Page Visits: 956 - Today Page Visits: 2
Share with friends and families