Wilayah Persekutuan Labuan bukan sahaja terkenal dengan keindahan pantainya dan suasana maritim yang tenang, tetapi juga menjadi destinasi pilihan bagi peminat aktiviti memancing dari seluruh negara. Dengan perairan yang kaya dengan pelbagai spesies ikan, aktiviti memancing di Labuan bukan sekadar hobi, malah menjadi gaya hidup bagi sebahagian penduduk tempatan dan pelancong. Artikel ini menyenaraikan beberapa kedai yang menjual peralatan memancing di sekitar Labuan—daripada joran dan kekili berkualiti tinggi hinggalah ke umpan dan aksesori sokongan—bagi membantu anda melengkapkan persiapan sebelum turun ke laut atau ke pesisir pantai Labuan.
Tackleworld Sport & Fishing
U0105 BA, Jalan OKK Awang Besar. (Sebelah Choice Restaurant)
Dibuka setiap hari 9 pagi seingga 5.45 petang
TCE Tackles Labuan
U160, No 144B, Jalan OKK Awang Besar (sebelah Labuan Avenue Hotel)
Dibuka setiap hari, 10.30 pagi sehingga 7.00 petang
Pro Tech Fishing Shop Labuan
Lot Kedai, Medan Selera Labuan, Jalan Tanjung Purun
Dibuka setiap hari bermula 9 pagi sehingga 6 petang.
Jumaat dan Sabtu sehingga 8 malam, Ahad sehingga 1 petang.
Tackle House Labuan
Lot 5, 1st Floor, Lusu Plaza, Kampung Lajau
Dibuka setiap hari, 10 pagi sehingga 8 petang.
Sabtu sehingga 5 petang. Ahad TUTUP

- Alami pengalaman memancing di kelong Lubuk Temiang, Labuan Hubungi Aziz 010-588 5878 atau Mus – 014-636 9155.
- Sertai group Facebook “Kaki Pancing Labuan“.
