Pintu masuk Perpustakaan Awam Wilayah Persekutuan Labuan
Pintu Masuk Perpustakaan Awam Labuan

Perpustakaan Awam Wilayah Persekutuan Labuan merupakan satu-satunya Perpustakaan Awam yang memberi perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat Labuan semenjak tahun 1960-an lagi bermula di Padang Bandaran (Dataran Labuan). Kemudian berpindah ke Bangunan USIA (Hotel Sara) pada tahun 1980-an, seterusnya pada tahun 1990-an di Bangunan Bekas Pejabat JKR lama, Kg. Gersik dan pada tahun 2000 Perpustakaan Awam Labuan berpindah ke bangunan baharu di Wisma Perbadanan Labuan.

Galeri ruangan bacaan perpustakaan
Galeri Ruangan Bacaan Perpustakaan Awam Labuan

Pada 1 September 2010, Perpustakaan Awam Labuan sekali lagi berpindah ke lokasi baharu iaitu di Bangunan Menara Perbadanan Labuan, Jalan OKK Awang Besar dan dirasmikan oleh Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar pada 7 Oktober 2010. Lokasinya berada di tengah-tengah bandar Labuan dan mempunyai rekaan yang lebih menarik dan teratur.

Waktu Operasi Perkhidmatan Kaunter Perpustakaan

HariMasa
Selasa – Khamis8.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat8.30 pagi – 11.30 pagi
2.00 petang – 5.00 petang
Sabtu & Ahad8.30 pagi – 2.00 petang
Isnin & Cuti UmumTutup

Pelan Perpustakaan Awam Wilayah Persekutuan Labuan

Tingkat 1

Tingkat 2

Tingkat 3

Keahlian Perpustakaan

Kategori : Kanak – Kanak

Syarat – Syarat

Kategori : Remaja

Syarat – Syarat

Kategori : Dewasa

Syarat – Syarat

Yuran keahlian sah untuk tempoh dua tahun sahaja.

Pinjaman : 3 naskah buku untuk tempoh pinjaman 3 minggu

Piagam Pelanggan

PerkaraTempoh
Proses Pendaftaran Keahlian5 minit
Proses Pinjaman Buku3 minit
Proses Pemulangan Buku3 minit

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut :

Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan Kanak – Kanak087-581821
Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan Remaja & Dewasa087-581825
Kaunter Perkhidmatan Multimedia087-581826
Pejabat Am087-408599
Faks087-424480

Kredit teks dari laman web Perbadanan Labuan


Total Page Visits: 1467 - Today Page Visits: 1
Share with friends and families