Beli tiket Feri Penumpang & Bot Laju secara online
Menumbok ke Labuan
Menumbok ke Labuan
Labuan ke Menumbok
Labuan ke Menumbok, Sipitang, Lawas dan Brunei
Kadar Baharu Fi Terminal
Kadar baharu Fi Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan dikuatkuasakan bermula 01 November 2023.
Bermula 1 November 2023, kadar baharu fi Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan dikuatkuasakan. Bagi pelepasan domestik (Menumbok, Sipitang, Lawas dan Limbang) tambahan fi terminal akan dikenakan sebanyak RM3.00 secara purata, manakala bagi pelepasan antarabangsa (Brunei) akan bertambah sebanyak RM5.00
Sumber : LDA Labuan-Holdings Sdn Bhd
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian Hotline LDAH : 016-8772117
Pemeriksaan Imigresen bermula 1 November 2022 bagi perjalanan Labuan – Sabah di Terminal Feri Antarabangsa Labuan dan Terminal Feri RoRo Antarabangsa Labuan. Baca lebih lanjut…
Bermula 4 November 2022, semua penumpang untuk perjalanan dari Labuan ke Sabah atau negara Brunei Darussalam diwajibkan untuk membawa
- Kad Pengenalan / Passport / Sijil Kelahiran
- Tiket yang telah dicetak. Pihak LDAH mengenakan bayaran RM2.00 untuk cetak tiket di kaunter.
- Isi borang pelayaran ‘e-boarding’ yang disediakan di pintu balai pelepasan. Satu nama untuk satu borang.
JADUAL PERJALANAN BOT LAJU BERKUATKUASA MULAI 1 DISEMBER 2021
Beli tiket speedboat dan feri ekspress secara online di www.labuanpay.my.
Destinasi : Labuan – Menumbok
ISNIN – AHAD
7.30 AM, 8.30 AM, 9.45 AM, 10.45 AM, 11.45 AM, 1.15 PM, 2.15 PM, 3.30 PM, 4.30 PM, 5.30 PM
Berikut merupakan jadual perjalanan Feri Penumpang dan Bot Laju yang menghubungkan Wilayah Persekutuan dengan
- Menumbok, Sabah
- Kota Kinabalu, Sabah
- Muara, Brunei Darussalam
- Sipitang, Sabah
- Limbang, Sarawak
- Lawas, Sarawak
Jadual Feri Penumpang
DESTINASI : KOTA KINABALU
Beli tiket secara online di labuanpay.my
Kekerapan | Masa Berlepas |
---|---|
Setiap hari (Labuan Express 3) | 1 petang |
Destinasi ke Kota Kinabalu masih beroperasi mengikut jadual pelayaran yang berubah dari masa ke semasa.
DESTINASI : BRUNEI
Kekerapan | Masa Berlepas |
---|---|
Harian (Sri Labuan 3) | 9.30 pagi atau 12.00 tengahari |
Harian (Express Kinabalu) | 3.00 petang |
DESTINASI : SIPITANG
Isnin sehingga Ahad
9 pagi dan 1 petang.
DESTINASI : LIMBANG
Kekerapan | Masa berlepas |
---|---|
Harian (Pertama Limbang) | 1.15 petang |
Harian (Royal Limbang No. 1) | 1.50 petang |
Tiket perjalanan Limbang – Labuan – Limbang boleh dibeli secara online di www.ferrypay.my.
Tiket perjalanan Limbang – Lawas – Limbang, boleh dibeli secara online di www.ferrypay.my
Untuk maklumat terkini berkenaan kemaskini jadual, ikuti media sosial Facebook Ferry Limbang/Lawas/Labuan
Kadar Tambang
*Subsidi yang diberikan oleh Kerajaan untuk pemberian diskaun 50% tambang hanya kepada kadar tambang sahaja tidak termasuk Terminal Fi dan hanya layak untuk Warganegara Malaysia sahaja. Sila kemukakan MyKad (Biru) dan Sijil Lahir/MyKid (Kanak – kanak) semasa berurusan di Kaunter.
Kaunter Pembelian Tiket Terminal Feri Labuan
TEL : (60) 087 – 581 006 / FAX : (60) 087 – 410 475