Muat Turun Bon Am Kenderaan bagi tahun 2024
Bon Am 2024
Semak Baki Hari 2023
- Sila bawa bersama kad e-vehicle semasa penghantaran borang permohonan bon am kenderaan.
- Borang permohonan bon am kenderaan diproses dalam masa 3 hari bekerja (tidak termasuk hari penghantaran permohonan dan penyerahan kad).
- Penyerahan kad e-vehicle bermula pada 01 Januari 2024.
Senarai semak permohonan
- Bon Am (Borang Kastam No. 6) dengan Sijil Setem Hasil RM10.00
- Borang A1 (Keterangan Diri Pemilik Kenderaan)
- Jaminan Bank (bagi kenderaan Labaun yang berkapasiti 2,500cc dan ke atas)
- Satu (1) salinan Kad Pengenalan / Passport pemilik
- Satu (1) salinan Kad Pendaftaran JPJ
- Satu (1) salinan Lesen Syarikat bagi kenderaan syarikat/persatuan/pertubuhan (SSM atau Lesen perniagaan atau Perakuan Persatuan/Pertubuhan)
- Bon hendaklah ditulis/taip dengan tulisan yang jelas dan mudah difahami.
Semua kenderaan berdaftar di W.P.Labuan perlu menggunakan kad e-Vis bagi tujuan membawa kenderaan keluar dari W.P. Labuan. Pembaharuan mesti dibuat setiap tahun dan tempoh keluar pulau dihadkan kepada 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 hari sekali perjalanan).
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang sahaja
Masa Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 petang – 2.00 petang
Jumaat : 11.30 pagi – 2.00 petang
Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Dokumen diperlukan untuk pembaharuan Kad E-VIS
- Borang Bon Am (muat turun menggunakan QR code atau Link di atas)
- Setem Hasil RM10.00 (diperolehi dengan menggunakan STAMPS)
- Kad EVIS lama
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik
- Salinan Geran Kenderaan
Kad EVIS yang hilang atau rosak akan dikenakan kompaun RM100.00
Carta Aliran Kerja Memproses Permohonan Baru & Pembaharuan Kad e-Vis
Proses 1
Berikut merupakan borang yang perlu diisi dan dokumen yang diperlukan. Sila muat turun Bon Am 2024 dengan menggunakan QR di atas. Setelah siap diisi, borang hendaklah diserahkan semula ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan.
Proses 2
Borang lengkap diisi dan disahkan dalam Proses 1 hendaklah dibawa dan diserahkan ke Kaunter Pendaftaran Unit Terminal Kastam untuk diproses.
Proses 3
Data-data akan dimasukkan ke dalam sistem e-Vis
Proses 4
Kad e-Vis akan dicetak. Pemohon boleh ambil kad tersebut di Terminal Feri Kenderaan.
Maklumat Penting
- BON AM sah untuk tempoh 12 bulan atau sehingga 31 Disember (tahun semasa).
- Kelayakan 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 HARI SEKALI PERJALANAN)
- Melebihi tempoh kelayakan yang diluluskan akan dikenakan kompaun dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (minimum RM50.00 sehari / maksimum RM 10,000.00).
- Kehilangan kad e-VEHICLE akan dikenakan kompaun, dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (maksimum RM 100).
- Pemilik kenderaann hendaklah memperbaharui atau mendapatkan kad e-Vehicle dari pejabat ni sekurang-kurangnya 7 (TUJUH) hari sebelum belayar.
- Kad e-Vehicle hendaklah dikemukakan semasa kenderaan dibawa keluar dari W.P. Labuan (kegagalan mengemukakan kad e-Vehicle kepada Pegawai Kastam semasa pemeriksaan kennderaan menyebabkan kenderaan TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari W.P. Labuan)
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia WP Labuan, Jalan Merdeka di talian 087-592000
Pautan