Muat Turun Bon Am Kenderaan bagi tahun 2024

Semak Baki Hari 2023

Senarai semak permohonan


Semua kenderaan berdaftar di W.P.Labuan perlu menggunakan kad e-Vis bagi tujuan membawa kenderaan keluar dari W.P. Labuan. Pembaharuan mesti dibuat setiap tahun dan tempoh keluar pulau dihadkan kepada 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 hari sekali perjalanan).


Waktu Operasi


Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang sahaja

Masa Rehat
Isnin – Khamis : 1.00 petang – 2.00 petang
Jumaat : 11.30 pagi – 2.00 petang

Tutup pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum


Dokumen diperlukan untuk pembaharuan Kad E-VIS

Kad EVIS yang hilang atau rosak akan dikenakan kompaun RM100.00


Carta Aliran Kerja Memproses Permohonan Baru & Pembaharuan Kad e-Vis

Proses 1
Berikut merupakan borang yang perlu diisi dan dokumen yang diperlukan. Sila muat turun Bon Am 2024 dengan menggunakan QR di atas. Setelah siap diisi, borang hendaklah diserahkan semula ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan.

Proses 2
Borang lengkap diisi dan disahkan dalam Proses 1 hendaklah dibawa dan diserahkan ke Kaunter Pendaftaran Unit Terminal Kastam untuk diproses.

Proses 3
Data-data akan dimasukkan ke dalam sistem e-Vis

Proses 4
Kad e-Vis akan dicetak. Pemohon boleh ambil kad tersebut di Terminal Feri Kenderaan.

Maklumat Penting

  1. BON AM sah untuk tempoh 12 bulan atau sehingga 31 Disember (tahun semasa).
  2. Kelayakan 90 hari setahun (tertakluk kepada MAKSIMUM 30 HARI SEKALI PERJALANAN)
  3. Melebihi tempoh kelayakan yang diluluskan akan dikenakan kompaun dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (minimum RM50.00 sehari / maksimum RM 10,000.00).
  4. Kehilangan kad e-VEHICLE akan dikenakan kompaun, dibawah Seksyen 138 Akta Kastam 1967 (maksimum RM 100).
  5. Pemilik kenderaann hendaklah memperbaharui atau mendapatkan kad e-Vehicle dari pejabat ni sekurang-kurangnya 7 (TUJUH) hari sebelum belayar.
  6. Kad e-Vehicle hendaklah dikemukakan semasa kenderaan dibawa keluar dari W.P. Labuan (kegagalan mengemukakan kad e-Vehicle kepada Pegawai Kastam semasa pemeriksaan kennderaan menyebabkan kenderaan TIDAK DIBENARKAN dibawa keluar dari W.P. Labuan)

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia WP Labuan, Jalan Merdeka di talian 087-592000


Pautan

Total Page Visits: 19118 - Today Page Visits: 46
Share with friends and families