Klinik Kesihatan UTC Labuan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:

Masa Operasi Klinik Kesihatan UTC Labuan:

Isnin – Ahad8.00 pagi – 5.00 petang
Solat Jumaat11.30 pagi – 2.00 petang
Cuti UmumTUTUP

Maklumat Perhubungan Klinik Kesihatan UTC Labuan

No. Telefon 087-442324
Laman Web https://jknlabuan.moh.gov.my

Skop Perkhidmatan disediakan

Bagi skop perkhidmatan perawatan pesakit luar akan dikendalikan oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih yang meliputi:

  1. perkhidmatan rawatan pesakit luar seperti demam, batuk, demam selesema dan penyakit-penyakit ringan yang lain;
  2. susulan kes pesakit kronik yang stabil dan terkawal seperti susulan kes diabetes, darah tinggi dan asma;
  3. prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan membuka jahitan;
  4. perkhidmatan ujian makmal ringkas (point of care test) seperti ujian gula dalam kapilari darah dan ujian air kencing dengan menggunakan kaedah urine dipstick
  5. membuat notifikasi bagi penyakit berjangkit seperti demam denggi;
  6. menstabilkan pesakit sebelum dirujuk ke hospital berdekatan bagi kes kecemasan; dan
  7. memberi khidmat nasihat/promosi kesihatan kepada pesakit.

Bagi skop perkhidmatan perawatan kesihatan ibu dan anak akan dikendalikan oleh Pegawai Perubatan, Jururawat terlatih dan jururawat masyarakat yang meliputi:

  1. perkhidmatan pemeriksaan ibu antenatal, postnatal dan pengendalian ‘high-risk pregnancies’ oleh pegawai perubatan
  2. perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak termasuk pemberian vaksin mengikut jadual pemberian vaksin kepada kanak-kanak.
  3. perkhidmatan kesihatan wanita termasuk pemberian khidmat kaunseling perancang keluarga, pemeriksaan payu dara dan pemeriksaan pap smear

Bagi skop perkhidmatan farmasi akan dikendalikan oleh Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi yang meliputi:

  1. Pendispensan ubat-ubatan untuk pesakit
  2. Perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan oleh Pegawai Farmasi
  3. Pertanyaan maklumat ubat
  4. Pendispensan ubat susulan preskripsi ulangan Klinik Kesihatan WP Labuan bagi pesakit yang berdaftar

Bagi skop perkhidmatan pergigian akan dikendalikan oleh Pegawai Pergigian dan pembantu pembedahan pergigian yang meliputi:

  1. Pemeriksaan gigi
  2. Cabutan
  3. Tampalan
  4. Perskaleran
  5. Rujukan ke Klinik Pergigian Labuan

Klinik Pergigian Labuan telah memulakan Sistem Janji Temu untuk memudahkan pelanggan menerima rawatan di Klinik Pergigian Labuan. Sistem ini telah bermula pada 14 Februari 2022. Dalam memastikan setiap pelanggan menerima servis yang terbaik dan berterusan, Klinik Pergigian Labuan juga menerima pesakit yang datang ke klinik ini secara “walk-in” pada setiap hari.

Sistem Janji Temu Klinik Pergigian WP Labuan

Pautan ke perkhidmatan kesihatan lain di Wilayah Persekutuan Labuan


Omron Healthcare products empower customers with the tools to take charge of their health
[Ad] Omron has sold over 200 million units of Blood Pressure Monitors worldwide to customers and healthcare professionals.

Penafian : LabuanFT.com tidak terlibat secara langsung dengan jabatan kerajaan yang dinyatakan didalam laman ini. Maklumat yang terpamer diambil dari laman web rasmi dan laman sosial jabatan kerajaan tersebut. Maklumat yang dikongsikan bertujuan untuk memudahkan pencarian dan urusan masyarakat setempat.

Total Page Visits: 7185 - Today Page Visits: 2
Share with friends and families