Author: admin_labuanft

  • Panduan Solat Sunat Tarawih

    Panduan Solat Sunat Tarawih

    Status PKP WP Labuan : PKPP (1 April – 14 April 2021)

    Aktiviti di masjid dan surau DIBENARKAN mengikut SOP Aktivti Masjid & Surau dan ketetapan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

    Panduan Solat Sunat Tarawih

    Muat turun panduan Solat Sunat Tarawih di SINI.

    Bacaan menarik berkaitan Solat Sunat Tarawih

    Pilihan artikel di bawah diambil dari laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Ada banyak lagi artikel berkaitan puasa di Ramadhan khususnya dan ibadah secara amnya. Artikel yang dipilih ini dirasakan sesuai untuk bacaan pembaca yang mahu menggandakan pahala ibadah di bulan Ramadhan dengan menunaikan solat sunat Tarawih.

    Kenali hadith palsu ‘kelebihan solat tarawih setiap malam’. Hadith palsu ini haram disebarkan kepada orang ramai.

    Solat Sunat Tarawih secara bersendirian. Hukum menunaikan solat sunat tarawih secara bersendirian adalah dibolehkan, dan yang paling afdhal adalah menunaikannya secara berjemaah.

    Hukum melaksanakan solat Tarawih di rumah bersama keluarga.

    Solat Sunat Ba’diyah Isya’ dahulu atau terus Solat Sunat Tarawih? “..seelok-eloknya dilakukan terlebih dahulu solat sunat selepas isyak sebelum menunaikan solat sunat tarawih. Ini kerana solat sunat selepas solat fardu adalah solat sunat yang sentiasa dilazimi oleh Nabi SAW.”

    Bolehkah mngQada’ Tarawih?


    Banner vector created by starline – www.freepik.com

  • Labuan Child Development Association

    Nama Persatuan/Kelab/Organisasi
    Persatuan Pembangunan Kanak-Kanak Labuan (Labuan child Development Association) (LCDA)
    Nombor Pendaftaran Persatuan/Kelab/Organisasi
    PPM 014-15-14112019
    Penerangan tentang Persatuan/Kelab/Organisasi
    Memberi penekanan secara holistik ke atas pembangunan kanak-kanak merangkumi elemen seperti nilai murni, keselamatan, sosial, kesihatan, kebajikan termasuk pendidikan kanak-kanak.

    “Pendidikan adalah aspek yang sangat penting yang memberi kesan positif terhadap pembangunan kanak-kanak.
    Nama orang untuk dihubungi
    Imelda Atiqah untol
    Nombor telefon
    01119535535
    E-mel
    lcdalabuan@gmail.com
    Laman sosial Persatuan/Kelab/Organisasi
    FB page : Labuan Child Development Association
    Syarat dikenakan untuk menyertai Persatuan/Kelab/Organisasi
    Terbuka kepada semua pendidik/ pengasuh / ibubapa atau mereka sesiapa yang berminat .
  • Kelab Belia Anak Layangan

    Kelab Belia Anak Layangan

    KELAB BELIA ANAK LAYANGAN (KEBAL) adalah platform untuk mengumpulkan anak muda KG Layang-Layangan khususnya dan WP Labuan amnya untuk beraktiviti melalui Pertubuhan Belia.

    Didaftarkan pada 13 Januari 2016 sebagai pertubuhan belia di bawah seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

    KEBAL membawa maksud Kelab Belia Anak Layangan yang terdiri daripada anak belia Kg. Layang-layangan yang berumur 18 – 40 tahun.

    Pada Hari Belia Negara Peringkat WP. Labuan yang diadakan pada 1 Mei 2019, KEBAL telah memenangi tempat kedua bagi Kategori Persatuan.

    Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) akan lebih memperkasakan belia dengan menerapkan nilai sukarelawan.

    KEBAL boleh dihubungi di
    E-mel : kebal_wpl@yahoo.com
    Laman Web : KEBAL
    Facebook : Kelab Belia Anak Layangan