WAKAL : Wais Kadayan Labuan telah ditubuhkan untuk mengangkat martabat bangsa, bahasa, budaya dan adat masyarakat Kedayan.
Matlamat WAKAL
Melaksanakan program dan aktiviti yang berkaitan dengan budaya, bahasa, tradisi dan adat resam masyarakat Kedayan agar tidak pupus dengan peredaran semasa.
Mengadakan program dan aktiviti untuk masyarakat Kedayan bagi melahirkan generasi yang berkualiti, berinisiatif, kreatif, inovatif dan berdaya saing.
Memupuk semangat perpaduan, jatidiri dan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat Kedayan serta memberi bimbingan, panduan, khidmat nasihat berkaitan warisan dan hak-hak anak negeri masyarakat Kedayan.
Menganjurkan program dan aktiviti bagi mencungkil bakat dalam bidang sukan, musik dan kesenian.
Terdapat beberapa kolam renang yang dibuka untuk kegunaan orang awam. Kolam renang yang disenaraikan dibawah mengenakan caj dan syarat-syarat untuk digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor hubungan yang disertakan.
Perlu diingatkan kepada ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak yang menggunakan kolam renang ini setiap masa. Jangan serahkan tanggungjawab itu kepada pengguna kolam renang yang lain.
Untuk tujuan kesedaran, boleh belajar melalui video di bawah
Waktu Pendermaan Darah Secara Walk In di Unit Makmal dan Tabung Darah, Hospital Labuan
Isnin & Rabu
Sesi Pagi 8.30 am – 12.00 pm Sesi Petang 2.30 pm – 4.00 pm
Jumaat
Sesi Pagi 8.30 am – 11.00 pm Sesi Petang 2.30 pm – 4.00 pm
Penderma darah boleh membuat temujanji mengikut ketetapan di atas (sekiranya perlu), untuk menderma darah dengan menghubungi 087-596862
Lokasi : Unit Makmal & Tabung Darah terletak bersebelahan Wad Kelas Satu.
Kriteria Penderma Darah
ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :
1. Sihat tubuh badan.
2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.
ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.
iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).
3. Berat badan 45kg ke atas.
4. Tidur minimum 5 jam.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.
7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
Bertukar-tukar pasangan seks.
Mengambil dadah secara suntikan.
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas
9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.
10. Jangan menderma jika anda :
Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (penterjemah tidak boleh)